Cari @ Amanz

MediaTek akan melancarkan beberapa cip generasi baharu mereka di bawah keluarga Dimensity bagi memberikan persaingan kepada Qualcomm, Apple dan Samsung. Kini peranti misteri Vivo V2184 dengan cip MT6983 menunjukkan ia adalah yang pertama mencatatkan skor Antutu melebihi 1 juta pada peranti Android.

MT6983 dipercayai ialah cip yang akan menggunakan nama MediaTek Dimensity 2000 apabila dilancarkan secara rasmi kelak. Markah paling tinggi dicatatkan peranti Android setakat ini ialah sekitar 800,000 dengan cip Snapdragon 888. Sebelum ini MediaTek mengacah peranti pertama dengan cip 4nm akan menggunakan cip keluaran mereka. Ini mungkin adalah Dimensity 2000.

Berdasarkan pengalaman kami mengulas pelbagai peranti dengan cip Dimensity tahun ini, era cip MediaTek dilihat sebagai tidak berkuasa sudah berakhir. Dimensity 800 dan 1200 misalnya mampu memberikan pengalaman yang baik tanpa isu pemanasan yang menghantui keluarga Helio beberapa tahun yang lalu.

Sumber MyFixGuide

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd