Panggung Wayang AMC Di Amerika Mula Menerima Pembayaran Menggunakan Bitcoin

Diterbitkan pada Nov 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah Bitcoin akan menjadi mata wang masa hadapan? Ramai merasakan ia akan berlaku dan tidak boleh dihalang tetapi ramai juga yang mengatakan ia haram selepas beberapa fatwa mengenai Bitcoin telah dikeluarkan. Di Amerika Syarikat keperluan memenuhi syarak tidak wujud dan pembayaran menggunakan Bitcoin semakin diterima. Terkini Adam Aron, ketua pegawai eksekutif rangkaian panggung wayang AMC mengumumkan syarikat beliau kini menerima pembayaran menggunakan pelbagai wang kripto.

Pembayaran secara atas talian untuk tiket AMC boleh dilakukan menggunakan Bitcoin, Ethereum, Bitcoin cash, dan Litecoin. Syarikat juga mengumumkan mereka mula menerima pembayaran menggunakan Apple Pay, Google Pay, dan PayPal. Sokongan untuk mata wang kripto yang lain akan ditambah di masa hadapan. Pada waktu ini pembayaran ini hanya boleh dilakukan secara atas atas tetapi tidak secara fizikal untuk membayar makanan dan minuman di panggung.

Di Malaysia pernah terdapat beberapa usaha dilakukan untuk mempopularkan pembayaran menggunakan wang kripto tetapi kini sudah dihentikan. Adakah anda antara insan yang ingin wang kripto menggantikan fiat?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami