Cari @ Amanz

KLCC merupakan salah satu mercu tanda Malaysia, dan dikenali ramai seluruh dunia. Mungkin ramai sedia maklum yang mana KLCC turut membenarkan pelawat melawat dan melihat keliling Kuala Lumpur daripada Skybridge pada tingkat 41, atau daripada dek pada tingkat 86.

Jikalau sebelum ini anda perlu mendapatkan tiket untuk melawatnya secara fizikal, kini ia dilihat Petronas turut menyediakan pengalaman secara maya untuk melawat Skybridge KLCC.

SkyWalk 360 memberikan pengalaman lawatan 360 darjah terus melalui pelayar web. Anda hanya perlu melawat laman Skywalk 360 dan memulakan lawatan anda secara maya, dan percuma.

Anda boleh melihat pelbagai kawasan sekitar KLCC dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara berkenaan. DIsamping itu, terdapat juga paparan dari udara, dan juga daripada tingkat 86.

Ini juga sekaligus akan memudahkan anda mendapatkan pengalaman awal, sebelum membuat keputusan untuk melawatnya secara fizikal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd