Cari @ Amanz

Hyundai Heritage Series Grandeur Ialah Sebuah Lagi Kereta Klasik Diubahsuai Menjadi Versi Elektrik

Link Copied!

Hyundai telah melancarkan sebuah lagi kereta klasik mereka yang diubahsuai ke versi elektrik. Hyundai Heritage Series Grandeur ialah olah semula Hyundai Grandeur yang dilancarkan pada pada tahun 1986 untuk segmen kereta mewah. Ini ialah kereta klasik kedua dilancarkan oleh mereka selepas Hyundai Heritage Series Pony yang diperlihatkan April lalu sempena ulang tahun syarikat ke-45.

Hyundai Heritage Series Grandeur diubahsuai dengan sistem lampu LED Parametric Pixel yang digunakan pada kereta moden IONIQ 5. Bahagian dalaman diberikan sentuhan ‘Newtro’ yang menggabungkan rekaan klasik dengan teknologi terkini. Konsol tengah dengan skrin sesentuh mengawal sistem infohibur dengan satu lagi skrin memanjang pada papan pemuka memaparkan maklumat pemanduan.

Kerusi diperbuat daripada kulit Napa yang premium dengan permukaan tempat duduk pula menggunakan kain baldu. Sistem audio terdiri daripada 18 speaker untuk menawarkan pengalaman audio yang menyeluruh seperti di dalam sebuah dewan konsert.

Rekaan luaran masih mengekalkan elemen kereta mewah 80an dengan tidak ada banyak petanda menunjukkan ini ialah sebuah kenderaan elektrik. Hyundai akan memperkenalkan beberapa lagi kenderaan elektrik di bawah keluarga Heritage Series. Seperti Heritage Series Pony, Hyundai Heritage Series Grandeur kini dipamerkan di ruang pameran Hyundai Motorstudio Goyang untuk tontonan orang ramai.


Komen ()