Kelui Captain Marvel Kini Boleh Dibeli Oleh Peminat Tegar

Diterbitkan pada Nov 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di dalam dunia Marvel Cinematic Universe, Captain Marvel dipanggil pulang ke bumi oleh Nick Fury selepas petikan jari Thanos. Peranti yang digunakan ialah sebuah kelui (pager) yang diubahsuai dan ia adalah antara prop filem yang dikenali ramai. Menyedari terdapat ramai peminat yang mungkin ingin memiliki kelui ini, Hot Toys dan Sideshow Collectible mula menawarkannya Captain Marvel Pager sebagai permainan.

Kelui Captain Marvel dihasilkan dalam saiz sebesar 7 x 7.5 cm dengan dua mod lampu. Mod lampu pertama ia akan berkelip-kelip sementara skrin akan memaparkan logo Captain Marvel seperti yang dapat dilihat di akhir filem Avengers: Infinity War. Bagi yang berminat, kelui ini dijual pada harga RM327 sebuah menerusi Sideshow Colletible.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami