Carian
Patreon Akan Menjadi Hos Kandungan Video Pula
November 15, 2021 Effi Saharudin

Menjana pendapatan menerusi YouTube menjadi semakin sukar selepas Adpocalypse yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Terdapat pelbagai syarat perlu dipatuhi bagi mengelakkan penjanaan pendapatan menerusi video yang dimuat naik tidak dihalang. Patreon ialah antara cara untuk penerbit kandungan YouTube menjana pendapatan tanpa bergantung kepada Google Ads. Kini dalam temubual bersama The Verge, Jack Conte pengasas dan ketua pegawai eksekutif Patreon mengesahkan laman ini sedang membangunkan ciri untuk menjadi hos kepada video.

Dengan adanya ciri ini, penghasil kandungan boleh memuat naik video terus ke Patreon untuk tontonan penyokong saluran mereka tanpa bergantung kepada YouTube. Conte tidak berkongsi bagaimanakah ciri ini akan diperkenalkan pada waktu ini. Pada waktu ini Patreon sudahpun menjadi hos kepada beberapa podsiar dan menawarkan perkara yang sama untuk kandungan video ialah langkah seterusnya.

Komen