Cari @ Amanz

Touch n Go eWallet sedia menambah kemudahan pembayaran beberapa bil dan perkhidmatan melalui dompet digital mereka. Terbaru, TNG eWallet turut telah menambah kemudahan pembayaran bil elektrik TNB pada aplikasi mereka.

Bersempena dengan itu juga, kini TNG eWallet menawarkan pulangan tunai sebanyak RM5 untuk pembayaran bil minima RM80 melalui dompet digital berkenaan.

Promosi ini disediakan kepada 30,000 transaksi pertama sepanjang promosi ini, yang dijadualkan pada 31 Disember 2021 kelak.

Bagi anda yang ingin melakukan pembayaran bil elektrik TNB, boleh ke aplikasi TNG eWallet, dan seterusnya mengakses ia melalui menu “Bills” hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd