Carian
Gucci Hadir Dengan Xbox Edisi Terhad – Berharga RM41k
November 13, 2021 Aman

Gucci kini hadir dengan Xbox edisi terhad, yang menawarkan sedikit perubahan dengan penambahan rekaan sentuhan Gucci.

Konsol edisi terhad ini hadir dengan corak khusus mengabungkan tulisan “GG” – yang merupakan tanda “Guccio Gucci”, tetapi juga pada masa yang sama merupakan popular dikalangan pemain sebagai singkatan kepada “Good Game”.

Dua alat kawalan dengan rekaan khusus turut disertakan, dan menariknya Gucci  menyertakan sebuah beg khusus untuk membawa konsol ini kemana-mana dengan mudah.

Gucci mengatakan konsol ini ditawarkan secara terhad, iaitu sekitar 100 konsol sahaja, ditandakan dengan nombor siri, dan ia dijual pada harga $10,000, iaitu sekitar RM41,000 mengikut kadar tukaran semasa.

Komen