Cari @ Amanz

Netflix Memperkenalkan Pelan Percuma Untuk Android Di Vietnam

Oleh Aman

Link Copied!

Netflix kini mengumumkan pengenalan pelan percuma untuk pengguna di Vietnam. Untuk makluman, ini adalah perluasan penawaran pelan percuma yang telah diperkenalkan di Kenya sebelum ini.

Melalui pelan percuma, Netflix menawarkan akses kepada sejumlah katalog siri-TV dan filem, dan boleh diakses pengguna melalui peranti Android.

Netflix mengatakan pengguna boleh menikmati penstriman tanpa iklan, dan turut menikmati sejumlah ciri-ciri – termasuk akan kelak memperkenalkan ciri muat-turun untuk tontonan luar talian.

Buat masa ini, pelan percuma ini ditawarkan di Kenya dan juga Vietnam. Mungkin mereka akan memperluaskan ia ke negara-negara lain secara berperigkat selepas ini.


Komen ()