Cari @ Amanz

Realme kini menyatakan yang mana mereka akan hadir dengan penawaran telefon pintar premium, pada harga jualan melangkaui $800, iaitu melangkaui harga RM3.3k.

Untuk makluman, Realme sedia menawarkan beberapa telefon pintar dengan cip pemprosesan mercu, termasuk salah satunya adalah siri Realme GT.

Namun, ia masih jauh lagi jikalau dibandingkan dengan peranti premium keluaran Samsung dan Apple. Pengumuman terbaru oleh pengasas Realme ini memperlihatkan mereka akan turut memfokuskan kepada penawaran premium dibawah jenama mereka, sekaligus menyaingi pengeluar popular yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd