Menteri : Melaka Akan Diberikan Keutamaan Dalam Perkhidmatan 5G

Diterbitkan pada Nov 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa kini mengatakan Melaka akan diberikan keutamaan dalam perkhidmatan 5G. Hal ini adalah kerana ia merupakan salah satu negeri yang menjadi fokus para pelancong, dan turut mempunyai ramai pelabur luar.

Sementara pengenalan perkhidmatan 5G di negeri berkenaan, ia dikatakan Melaka terlebih dahulu akan diperkasakan dengan perkhidmatan 4G melalui program PoP (Point of Presence) Gentian Optik.

Pada masa yang sama, menteri mengatakan yang mana dalam memberikan pengalaman lebih baik kepada pegguna, PoP Gentian Optik bagi sekolah dan industri – serta lima kilometer disekitarnya diharap dapat dipercepatkan pelaksanaan penukaraan daripada sistem tembaga kepada sistem gentian optik.

Buat masa ini, kerajaan menyasarkan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia seawal Disember ini, dimana tiga kawasan akan menikmatinya terlebih dahulu, termasuk Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami