Cari @ Amanz

Setelah dinantikan ramai peminat kriptowang dan Bitcoin, hari ini, kemaskini “Taproot” untuk Bitcoin telah pun selesai dilakukan. Naik-taraf ini adalah kemaskini besar yang berlaku kepada Bitcoin, sejak kali terakhir dilakukan pada 2017 lepas.

Melalui kemaskini yang ditawarkan “Taproot” ini, ia menawarkan lebih kadar privasi dan efisien terhadap transaksi berbanding sebelum ini.

Perkara ini dijayakan melalui skema tanda digital yang baru – sekaligus membuka ruangan kepada menjaga privasi untuk transaksi, selain turut menawarkan kemudahan “Smart Contract” yang lebih rumit.

Kemaskini terbaru ini dijangka memberikan lebih kesan positif terhadap ekosistem Bitcoin itu sendiri.

Dengan pengumuman terbaru ini juga, pelbagai dompet kriptowang dijangka menawarkan kemaskini dengan sokongan transaksi baru, selain penambah-baikkan lain dalam ekosistem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd