Sistem Emel FBI Digodam Untuk Menghantar Mesej Spam

Diterbitkan pada Nov 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai biro siasatan kebangsaan, FBI mempunyai reputasi hebat dalam siri TV dan juga di dunia sebenar. Hanya beberapa minggu lalu mereka berjaya menggodam rangkaian yang dimiliki oleh kumpuan penggodam Dark Side sehingga tertangkapnya beberapa anggota. Tetapi hujung minggu lalu, sistem emel FBI telah digodam untuk menghantar 100,000 emel spam dengan amaran sekuriti palsu.

Emel mengatakan serangan dilakukan oleh Vinny Troia yang terlibat dengan kumpulan penggodam Dark Overlord. Hakikatnya beliau sebenarnya seorang penyelidik yang sekuriti atas talian dengan syarikat keselamatan laman web beliau sendiri.

FBI telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan yang berlaku. Kesemua perkakasan yang digodam telah ditarik dari rangkaian sementara siasatan dilakukan. Setakat ini penggodam dengan nama samaran Pompompurin dipercayai dalang di sebalik serangan. Dalam laporan laman KrebsOnSecurity, Pompompurin berkata serangan telah dilakukan untuk mendedahkan kerentanan pada sistem emel FBI.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami