Hanya 31 Permua Yang Menyokong Mod Permua Pada Pixel 6

Diterbitkan pada Nov 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhirnya selepas bertahun lamanya pengeluar peranti Android menawarkan mod permua, pelancar khusus untuk permua, atau alatan khusus untuk pengoptimasian ketika bermain permua – Google mula menawarkan perkara sama untuk peranti Pixel.

Bermula dengan Android 12, peranti Pixel 6 mempunyai papan pemuka permua atau Game Dashboard yang membenarkan pengguna kawal kiraan FPS, ambil tangkapan layar, merakam skrin, memilih profil seperti Performance, Standard atau Battery Saver serta terus menstrim secara langsung ke YouTube

Berbeza dengan peranti lain, di mana kebanyakan permua boleh digunakan bersama-sama dengan mod permua peranti atau pengoptimasian yang sedia terbina – Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro hanya menyokong beberapa permua sahaja. Buat masa ini, pengguna bertuah Pixel 6 akan melihat di Play Store di bahagian permua senarai permua yang menyokong Pixel 6 – Optimized for Pixel 6.

Permua ini akan memanfaatkan mod Performance untuk FPS lebih tinggi, Standard tetapan lalai atau Battery Saver untuk penggunaan kuasa yang rendah agar bateri jimat. Setakat ini, hanya 31 permua sahaja yang menyokongnya. Permua yang tidak tersenarai akan melihat Optimization tidak boleh ditekan dan terhad pada fungsi lain sahaja.

Permua-permua ini semuanya menggunakan API baharu Google pada Android 12 iaitu Game Mode API. Jika permua itu ingin menyokong Pixel 6, pembangun perlu kemaskini dan mengimplementasikan API tadi. Berikut adalah senarai permua yang menyokong Pixel 6;

  1. 8 Ball Pool
  2. Asphalt 9: Legends
  3. Car Parking Multiplayer
  4. Carrom Pool: Disc Game
  5. Clash of Clans
  6. FIFA Soccer
  7. Gardenscapes
  8. Happy Color – Color by Number
  9. Hearthstone
  10. Idle Hereos
  11. League of Legends: Wild Rift
  12. Ludo Club – Fun Dice Game
  13. Magic Tiles 3
  14. Marvel Contest of Champions
  15. Minecraft
  16. Mobile Legends: Bang Bang
  17. NBA 2K20
  18. Parchisi STAR Online
  19. RAID: Shadow Legends
  20. Real Cricket 2020
  21. Roblox
  22. Saint Seiya Awakening: Nights of the Zodiac
  23. Score! Hero 2022
  24. Scrabble GO-Classic Word Game
  25. Shadow Flight 2
  26. Standoff 2
  27. Summoners War
  28. Talking Tom Hero Dash
  29. Temple Run 2
  30. Words With Friends 2 Word Game
  31. World of Tanks Blitz

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami