Cari @ Amanz

WhatsApp Menguji Kebolehan Mencipta Iklan Facebook Terus Dari Aplikasi

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp Business merupakan aplikasi permesejan khusus untuk perniagaan, memudahkan komunikasi pengguna dengan sesuatu perniagaan atau jenama terus menggunakan WhatsApp.

Terbaru, melalui WABetaInfo, WhatsApp Business menguji keupayaan untuk melakukan pengiklanan menggunakan p terus daripada aplikasi WhatsApp Business.

Dengan langkah ini, pemilik WhatsApp Business boleh melakukan promosi terus, dan terus memperkembangkan perniagaan masing-masing dengan mudah tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna.


Komen ()