Cari @ Amanz

Mineral Baharu Davemaoite Ditemukan Dalam Permata Dari Mantel Bumi

Link Copied!

Mantel bumi masih lagi menyimpan pelbagai misteri kerana tiada manusia pernah mengembara ke dalamnya. Kesemua maklumat mengenai komposisi bumi diambil dari batuan yang naik ke atas dari perut bumi. Sebelum ini terdapat teori mengenai mineral kalsium silika yang wujud di mantel bumi. Mineral ini telah ditemukan oleh Oliver Tschauner dari University of Nevada dan telah diberikan nama Davemaoite.

Mineral ditemukan dalam sebuah permata yang dipercayai dihasilkan pada kedalaman lebih 660 km dari permukaan bumi. Permata yang biasa dilihat dihasilkan pada kedalaman antara 120 ke 250 km. Kerana tekanan melebihi 200,000 kali ganda dari permukaan bumi, Davemaoite mempunyai struktur kiub yang diberi nama perovskite.

Permata Orapa dengan kistal Davemaoite di dalamnya

Menarik sekali ialah permata ini telah dilombong di Orapa, Botswana pada tahun 1987 dan hanya sebesar 4 mm serta seberat 81 mg. Saintis dan pelombong yang menemukannya tidak menyedari kewujudan kristal Davemaoite yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata manusia. Menari sekali selepas sampel dikeluarkan, sampel mineral Davemoite mengembang menjadi kaca secara serta mereta kerana tidak lagi di bawah tekanan tinggi.

Nama Davemaoite digunakan sebagai menghargai jasa Ho-Kwang “Dave” Mao seorang ahli saintis Bumi-Da;am dario Carnegie Institution for Science in Washington DC

Sumber Nature


Komen ()