Cari @ Amanz

Sony Malaysia kini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar mercu terbaru mereka, Xperia PRO-i. Peranti memfokuskan kepada ciri fotografi bersama dengannya ini, ditawarkan pada harga RM7199 di Malaysia, selain turut hadir dengan beberapa berkas khusus untuk pengguna.

Sony Xperia PRO-i merupakan telefon pertama di dunia yang hadir dengan sensor kamera bersaiz satu-inci dengan sokongan PDAF. Ia sekaligus menawarkan prestasi seumpama kamera Sony RX100, tetapi pada sebuah telefon pintar.

Sony Xperia PRO-i ini hadir dengan sensor utama sebesar satu inci yang merakamkan gambar pada resolusi 12MP, kamera 12MP 16mm ultra-lebar, dan juga satu lagi kamera 12MP 50mm. Sebuah sensor 3D iTOF turut disertakan bersama-sama dengannya.

Dari segi spesifikasi, Xperia PRO-i hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan 512GB, dan sokongan mikro-SD sehingga 1TB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM7199. Pengguna turut ditawarkan berkas bersama monitor khusus pada harga RM7718, atau bersama seluruh kit penerbit kandungan pada harga RM8028. Bagi yang berminat, boleh lakukan pra-tempahan hari ini melalui laman rasmi Sony.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd