Huawei Dilaporkan Ingin Melesenkan Rekaan Telefon Pintar Kepada Pihak Lain

Diterbitkan pada Nov 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia terkesan dengan halangan dagangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan Huawei sukar dalam hadir dengan penawaran terkini yang baik dan bersaing dengan sihat bersama lain.

Selari dengannya, Huawei sedia melihat kepada beberapa alternatif lain. Terbaru, menurut Bloomberg, Huawei dilaporkan ingin melesenkan rekaan telefon pintar mereka kepada pengeluar lain.

Hal ini selari dengan kesukaran Huawei dalam mendapatkan komponen, membuatkan mereka sukar hadir dengan peranti terbaru.

Huawei sedia hadir dengan rekaan telefon pintar yang baik dan berbeza berbanding pengeluar China lain. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengeluar lain menggunakan rekaan Huawei, dan memasarkan peranti dengan rekaan lebih premium.

Ia diaporkan Huawei telah dalam perbincangan beberapa pihak dalam menggunakan rekaan Huawei pada peranti keluaran masing-masing.

Walaupun pelesenan rekaan ini mungkin tidak membawa kepada keuntungan yang tinggi, namun, ia boleh memastikan Huawei tidak ketinggalan dalam perkembangan arena telefon pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami