Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti Oppo dibawah siri A dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Oppo A95. Antara titik jualan utama yang cuba diketengahkan oleh peranti di bawah siri ini termasuklah – bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W Flash Charge dan memori 8GB RAM bersama RAM maya mencapai 5GB.

Untuk spesifikasi khusus, ia dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia juga mempunyai RAM maya sehingga 5GB dan penambahan storan menerusi kad microSD. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 11 yang dibina berasaskan antaramuna ColorOS 11.1.

Tetapan kamera utama adalah 48MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP yang diletakkan dalam lubang kamera pada skrin. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari skrin, bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono dan sebagainya.

Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM1,099 dengan dua pilihan warna seperti Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black. Sesi pratempah peranti telah dibuka bermula hari ini sehingga 19 November 2021. Setiap pratempahan didatangkan dengan sejumlah penawaran menarik.

Misalnya, anda boleh membeli Oppo Enco Buds (RM599) pada harga promosi serendah RM1 sahaja. Di samping itu, terdapat juga kod promosi RM50 untuk pengguna yang mempunyai keahlian Oppo sedia ada. Bukan itu sahaja, jaminan tambahan selama 6 bulan (RM49.90) dan VOOC Powerbank (RM229) turut ditawarkan buat sesiapa yang memilih untuk pratempah secara dalam talian. Tetapi, mengambil peranti secara sendiri menerusi kedai rasmi Oppo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd