Menjawab soalan di Parlimen hari ini, Timbalan Menteri Pengangkutan mengatakan kerajaan tiada perancangan untuk memperkenalkan operasi teksi-motosikal di Malaysia.
Hal ini dilakukan selepas mengambil-kira pelbagai aspek, termasuk keselamatan dan kebajikan penumpang teksi-motosikal.
Timbalan Menteri turut mengatakan yang mana kadar kecedaraan dan kematian disebabkan kemalangan jalan-raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah amat tinggi.
Apa pun, pihak kerajaan mengatakan akan terus melakukan kajian pada masa akan datang berkenaan arena ini.