Carian
Samsung Umum Senarai Peranti Yang Akan Terima Kemaskini One UI 4
November 15, 2021 Aman

Samsung hari ini mengumumkan secara rasmi pengenalan antaramuka terbaru mereka, iaitu One UI 4. Bermula hari ini, kemaskini ini diperkenalkan seecara berperingkat kepada semua pengguna peranti Galaxy S21, Galaxy S21+ dan juga Galaxy S21 Ultra.

One UI 4 memberikan nafas baharu pada paparan antaramuka, termasuk lebih kawalan pada widget. Disamping itu, Samsung juga kini memfokuskan kepada privasi, dan memudahkan pengguna mengawal akses sesuatu aplikasi ke peranti mereka.

Antaramuka ini akan diperkenalkan kepada sejumlah peranti, sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang sekata diantara semua peranti Samsung.

Berikut merupakan senarai peranti yang akan menerima kemaskini antaramuka One UI 4 menurut Samsung:

  • Galaxy S20, S20+, S20 Ultra
  • Galaxy S20 FE
  • Galaxy Note20, Note20 Ultra
  • Galaxy S10, S10e, S10+, S10 5G
  • Galaxy Note10, Note 10+
  • Galaxy Fold, Z Fold3, Z Flip3, Z Fold2, Z Flip, Z Flip 5G
  • Galaxy A82 5G, 
  • Galaxy A72
  • Galaxy A52, A52 5G, A52s 5G
  • Galaxy A42 5G
  • Galaxy Tab S7, Tab S7+
https://www.youtube.com/watch?v=rTW7ec7UNJA

Komen