Cari @ Amanz

Shopee Menguji Ciri Seumpama TikTok, Dinamakan Shopee Video

Oleh Aman

Link Copied!

Shopee sedia menyertakan beberapa ciri-ciri pada aplikasi mudah-alih mereka, dalam memastikan pengguna kekal dan menggunakan aplikasi untuk tempoh yang lebih lama. Terbaru, Shopee turut menguji dengan sebuah ciri baharu, dinamakan sebagai Shopee Video.

Melalui Shopee Video ini, ia menawarkan paparan seumpama TikTok, dan pengalaman mengakses video seumpama TikTok. Video dipaparkan secara menegak, dan pengguna boleh menatal ke bawah untuk melihat video-video yang seterusnya.

Buat masa ini, ciri Shopee Video ini hanya dipaparkan kepada sejumlah pengguna sahaja – dan tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan dalam memastikan pengguna terus terikat dengan platform berkenaan.


Komen ()