Carian
Google Dilaporkan Membatalkan Pengenalan Pixel Fold Untuk Tahun Ini
November 16, 2021 Aman

Google kini dilaporkan telah membatalkan perancangan untuk memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka, Pixel Fold. Ia diperkatakan kita tidak akan melihat peranti berkenaan pada 2021 ini, atau pada pertengahan pertama 2022 kelak.

Hal ini dikatakan kerana Google dilihat mungkin sukar untuk bersaing dengan penawaran pihak Samsung dari segi telefon boleh-lipat.

Pixel Fold dikatakan menawarkan rekaan seumpama Galaxy Z Fold 3, tetapi dengan beberapa had, termasuk kamera yang kurang berkuasa, selain tiada ciri tambahan seperti S-Pen dan sebagainya. Ini sendiri mungkin akan membuatkan telefon boleh-lipat ini gagal menarik perhatian – apatah lagi dengan kosnya agak tinggi.

Apa pun, hal ini tidak bermakna Google membatalkan perancangan telefon boleh-lipat mereka. Kita mungkin melihat Google menambah-baik dan hadir dengan penawaran lebih baik pada tahun 2022 atau 2023 kelak.

Komen