Kekurangan paling ketara TWS di pasaran ialah ia mempunyai hayat bateri yang agak pendek. TWS dengan ANC misalnya mempunyai bateri yang hanya boleh bertahan sekitar 7 jam sebelum perlu dicaj semula. Ini tidak cukup panjang untuk penggunaan seharian di pejabat dan dalam penerbangan merentas dunia. Relods ialah TWS terkini yang akhirnya menawarkan ciri bateri yang boleh ditukar.

Dalam pod pengecas sepasang bateri gantian disimpan. Apabila kehabisan bateri, cabut sahaja bateri yang disambung menggunakan magnet dan kemudian gantikannya dengan bateri tambahan dalam pod pengecas. Setiap bateri mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 9 jam menurut pereka Relods. Dengan sistem bateri boleh ditukar ini, pengguna Relods boleh menggunakan TWS sehingga 60 jam secara berterusan.

Menarik sekali walaupun bateri boleh ditukar ganti, Relods masih melepas piawaian kalis air IP55 yang menjadikannya sesuai untuk aktiviti sukan. Cip Qualcomm QCC3040 pula memastikan codec BaptX dan AAC disokong sepenuhnya. Bagi pengguna Android, Google Fast Fair turut diberikan untuk tambatan pantas. Relods sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo dan projek boleh disokong dengan hanya membayar $59 (~RM245) untuk sepasang TWS.