Aplikasi Prime Video Untuk macOS Kini Boleh Dimuat Turun
November 16, 2021
Aplikasi
Apple
Effi Saharudin
Prime Video hari ini melancarkan aplikasi rasmi untuk sistem operasi macOS. Ia boleh dimuat turun menerusi Mac App Store secara percuma dan menawarkan beberapa kelebihan berbanding versi web. Pertama sekali pengguna boleh memuat turun kandungan Prime Video untuk tontonan di luar talian.

Selain itu pengguna juga boleh menggunakan ciri gambar-dalam-gambar dan AirPlay terus dari peranti pintar ke Mac menerusi aplikasi. Untuk menggunakan aplikasi ini, peranti perlu menggunakan sekurang-kurangnya macOS Big Sur 11.4. Bagi yang berminat aplikasi boleh dimuat turun menerusi pautan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.