Samsung Galaxy A03 Core Hadir Dengan Cip Unisoc SC9863A, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Nov 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Samsung di bawah siri Galaxy A dikemaskini dengan sebuah lagi model baharu. Dikenali sebagai Samsung Galaxy A03 Core, ia hadir dengan spesifikasi kelas asas lengkap dengan bateri besar dan penggunaan cip Unisoc.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A03 Core menampilkan skrin berukuran 6.5-inci LCD beresolusi HD+. Terdapat kamera swafoto tunggal 5MP yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil. Peranti ini juga menggunakan cip pemprosesan lapan teras pada kelajuan mencecah 1.6GHz, memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Sungguhpun tidak mendedahkan cip secara khusus, tetapi kelajuan teras dikatakan sepadan cip Unisoc SC9863A.

Melengkapi peranti adalah kamera utama tunggal 8-Megapixel f/2.0 dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Sebagai pilihan, Samsung Galaxy A03 Core didatangkan dalam dua pilihan warna seperti Blue dan Black. Ia telah disenaraikan di laman Samsung Mobile Press. Namun begitu, harga jualan rasmi masih belum diumumkan lagi.

Sumber : Samsung Mobile Press, GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami