Dengan Mopet Haiwan Peliharaan Boleh Dibawa Bersiar-Siar Dengan Selamat

Diterbitkan pada Nov 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pencinta haiwan kerap melayan haiwan peliharaan mereka seperti anak sendiri. Haiwan dibawa ke taman serta dilayan seperti ahli keluarga. Fenomena yang dapat dilihat ialah kucing dan anjing dibawa dalam beg dengan tingkap terbina. Tetapi apabila menaiki motosikal, haiwan terdedah kepada bahaya kerana dilihat duduk di atas hendal. Jika anda jatuh ke dalam kategori ini, Mopet telah dibangunkan khusus untuk anda.

Mopet ialah skuter elektrik dengan kawasan raga khusus untuk membawa kucing dan anjing bersaiz kucing. Ia dibangunkan di Jepun dengan kemampuan bergerak sehingga 60km dengan sekali caj. Terdapat sistem brek, dan lampu isyarat bagi memastikan keselamatan penunggang. Sistem suspensi spring pula memastikan keselesaan semasa menunggang. Ruang simpanan haiwan turut berkunci bagi mengelakkan haiwan terkeluar secara tidak sengaja. Kerana ruang simpanan agak besar, ia turut boleh digunakan untuk meletakkan beg.

Apabila tidak digunakan, Mopet boleh dilipat untuk disimpan di dalam kereta. Di Jepun Mopet dijual pada harga 123,370 Yen (~RM4495) sebuah. Harga jualan yang agak mahal tetapi bagi mereka yang ingin membawa anak berkaki empat dengan selamat ia mungkin pelaburan yang berbaloi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami