Kingston akhirnya telah memperlihatkan penawaran harga untuk SSD PCIe 4.0 terbaru mereka, iaitu Kingston KC3000 yang tampil dengan kemampuan untuk membaca dan menulis data pada kadar 7000MB/s.

Seperti yang sedia maklum, SSD ini hadir dengan empat penawaran storan berbeza, iaitu 500GB, 1TB, 2TB dan juga 4TB. Dua model pertama hadir dengan kadar pembacaan data 7000MB/s dengan penulisan data 3900MB/s dan 6000MB/s, manakala model 2TB dan 4TB hadir dengan kadar pembacaan dan penulisan data 7000MB/s.
Menurut Kingston, SSD Kingston KC3000 ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda-tanda harga berikut: