Cari @ Amanz

Myvi Baharu Bakal Hadir Dengan Ciri Pintar, Elak Kenderaan Terkeluar Lorong Tanpa Sengaja

Oleh Aman

Link Copied!

Perodua bakal memperkenalkan kereta Myvi terbaharu mereka pada minggu ini, dan telah hadir dengan beberapa video acah bersempena dengannya.

Terbru, melalui video acah terbaharu, Perodua memperlihatkan Myvi baharu akan turut hadir dengan ciri kepintaran dalam memastikan keselamatan – dan mengelak kenderaan tidak terkeluar lorong tanpa sengaja.

Mengikut video yang dipertontonkan, kereta mengecam lorong perjalanan, dan apabila kereta hampir terkeluar, secara automatik kenderaan dibawa kembali ke dalam lorong.

Menurut laporan Nextrift, kita juga mungkin melihat beberapa ciri pintar tambahan memfokuskan pemanduan disertakan pada kereta Myvi terbaharu ini.

Myvi baharu ini bakal dilancarkan pada minggu ini, dengan harga jualan sekitar antara RM45,700 ke RM58,800.


Komen ()