Android TV Mula Membenarkan Pengguna Pasang Aplikasi Daripada Telefon

Diterbitkan pada Nov 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Store kerap menguji ciri baharu melalui kemaskini daripada bahagian pelayan. Ciri baharu yang menarik biasanya dapat digunakan oleh pengguna terpilih secara lebih awal sebelum diedarkan secara lebih meluas.

Terbaru, Google dilihat telah mula membenarkan pengguna memasang aplikasi untuk Android TV atau Google TV secara terus daripada Play Store melalui telefon pintar. Pengguna akan melihat pilihan untuk memasang aplikasi pada telefon atau boleh pilih turut untuk dimuat turun dan pasang pada dongel, kotak set atau televisyen.

Pilihan ini adalah lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan kepada pengguna Wear OS sebelum ini. Buat masa ini, ia hanya boleh digunakan oleh segolongan pengguna sahaja dan tidak pasti bila Google akan menawarkannya secara lebih meluas. Walaupun ia bukan satu ciri yang penting, tetapi dengan adanya pilihan ini – ia adalah satu bonus untuk memudahkan lagi pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami