Cari @ Amanz

MRT laluan Putrajaya Fasa 1 sepatutnya memulakan operasi pada penghujung bulan ini tetapi MRT Corp mengumumkan tarikh pembukaannya telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum diketahui pada waktu ini. Penangguhan dilakukan kerana pemeriksaan terperinci akhir dan demonstrasi prestasi sistem masih belum diselesaikan.

Ini adalah mengecewakan kerana pembukaan laluan ini amat dinantikan memandangkan ia telah menjalani proses ujian sejak 29 April lalu dan telahpun ditangguh dari tarikah asal Ogos lalu. Laluan Fasa 1 akan mempunyai 16 tren yang beroperasi di antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu. Sepanjang tempoh ujian selama 3000 jam, banyak data telah terkumpul. Tetapi selagi kesemua sistem utama, sekunder dan ketiga adalah stabil, operasi dengan penumpang tidak boleh dilakukan atas sebab keselamatan.

Fasa 1 MRT laluan Putrajaya adalah sepanjang hampir 18 kilometer dari laluan sepenuhnya sepanjang 56 kilometer dan merangkumi 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya. Laluan Fasa 2 dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral dijangka beroperasi pada Januari 2023.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd