Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini berkongsi yang mana mereka sedang membangunkan cip pemprosesan generasi baharu untuk komputer, dan bakal dipasarkan bersama komputer baharu seawal 2023 kelak.

Cip pemprosesan ini dijangka akan bersaing dengan penawaran pihak Apple M pada komputer Mac – dimana ia akan menawarkan pemprosesan berkuasa, dan penggunaan tenaga yang efisien.

Cip baharu ini juga dijangka akan menetapkan penanda aras prestasi baharu pada komputer Windows. Qualcomm menyasarkan memberikan sampel kepada pengeluar pada tahun hadapan, dan produk yang dijana dengan cip berkenaan bakal dipasarkan pada 2023 kelak.

Dengan pengumuman pihak Qualcomm ini, ia semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada pihak Intel – sementara untuk pengguna pula, mereka boleh menikmati prestasi seumpama yang ditawarkan cip Apple M tetapi bersama komputer Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd