Carian
Qualcomm Menyasarkan Apple Akan Gunakan Modem Sendiri Pada iPhone Menjelang 2023
November 17, 2021 Aman

Qualcomm pada hari ini menyediakan penawaran modem mudah-alih untuk pelbagai produk Apple. Namun, perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Menurut Qualcomm hari ini, mereka menyasarkan yang mana mereka akan membekalkan sekitar 20% daripada cip modem untuk iPhone menjelang 2023 kelak. 

Sementara Apple dijangka akan menghasilkan sendiri 80% bekalan cip modem untuk peranti mereka.

Sebelum ini, Apple sedia mendapatkan bahagian perniagaan modem daripada Intel, dan memulakan pembangunan cip modem mereka tersendiri. Dengan langkah ini, ia setapak lagi kepada Apple menghasilkan pelbagai cip sepenuhnya oleh mereka sendiri – sekaligus mengawal sepenuhnya teknologi pada peranti mereka.

Komen