Paramount+ Akan Ke Peringkat Global 2022 – Kandungan Star Trek Kini Ditarik Dari Netflix

Diterbitkan pada Nov 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang penstriman akan menjadi semakin hangat tahun 2022 dengan Paramount+ akan ke dilancarkan ke peringkat global di awal 2022. Akibatnya bermula tengah malam ini, kesemua kandungan Star Trek akan ditarik dari Netflix. Ini adalah keputusan mengecewakan kerana musim ke empat Star Trek : Discovery yang akan ke udara 18 November ini tidak akan dapat distrim menerusi Netflix seperti tahun-tahun sebelumnya.

Peminat Discovery hanya mempunyai satu pilihan halal iaitu menggunakan VPN untuk melanggan kepada Paramount+ dan mengubah lokasi ke Amerika Syarikat. Sebagai salah seorang peminat Star Trek, saya sendiri merasakan tindakan menarik kandungan Star Trek sebelum platform eksklusif mereka ditawarkan kepada semua ialah tindakan kurang bijak. Seperti yang saya katakan dalam artikel mengenai perang penstriman sebelum ini, ia hanya akan menyebabkan pengguna mengamuk sehingga kembali ke memuat turun siri secara haram.

Sumber @StarTrekOnPPlus

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami