Cari @ Amanz

YTL Dan Qualcomm Edar 50 Komputer Riba 4G Ke Dua Sekolah

Oleh Aman

Link Copied!

YTL Foundation dan Qualcomm kini dilihat bekerjasama, dan mengedarkan sebanyak 50 buah komputer riba kepada sekolah di SMK La Salle, PJ dan juga SMK Air Molek di Melaka.

YTL Foundation menawarkan komputer riba dinamakan “Neo”, dimana ia dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 7c, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia hadir dengan sokongan rangkaian 4G, serta menjalankan Windows 10 Pro.

Bersama-sama komputer riba ini juga, langganan Yes 4G selama 12 bulan disertakan dengan data sebanyak 120GB Ia dijangka dengan penawaran ini, akan memudahkan lagi proses pembelajaran dari rumah oleh para pelajar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak YTL atau Yes akan menjual komputer “Neo” ini kepada umum atau sebaliknya.


Komen ()