Teknologi membantu mengubah bagaimana kita menghubungi keluarga, membeli belah, memesan makanan dan melakukan pembayaran. Namun begitu teknologi tidak selalunya adil dengan golongan tertentu tercicir kerana halangan fizikal. Tobii Dynavox syarikat yang pernah membawakan teknologi menjejak mata untuk permainan video kini menggunakan teknologi mereka untuk membantu golongan OKU pula.

Menerusi TD Pilot, golongan OKU yang tidak boleh mengawal tubuh mereka boleh mengawal iPad menggunakan pergerakan mata sahaja. Dengan ini mereka boleh menggunakan aplikasi kegemaran, melakukan navigasi dan juga bercakap dengan orang sekeliling dengan aplikasi suara pembantu maya.

Selain itu TD Pilot juga mempunyai sepasang speaker 10W untuk menguatkan lagi sistem audio sebagai ganti percakapan dan cagak untuk disambung kepada kerusi roda. Skrin sekunder pada bahagian belakang pula mempamerkan teks untuk dibaca apabila pengguna ingin berbicara. Sistem TD Pilot dijual bersama dengan sebuah iPad dan kabel bagi membolehkan ia terus digunakan. Harga walau bagaimanapun masih belum diumumkan.