Cari @ Amanz

Brave kini telah menawarkan kemaskini untuk pelayar web mereka, dimana versi terbaru turut hadir dengan sokongan dompet kriptowang terbina, sekaligus menggantikan penggunaan pemalam tambahan pihak ketiga sebelum ini.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan pelayar web ini lebih mesra untuk penggunaan pelayaran melibatkan kripto – atau turut dipanggil ramai sebagai Web3. Ini akan memudahkan proses semakan baki, membeli NFT, dan sebagainya.

Dompet kriptowang ini hadir dengan sokongan rangkaian Ethereum. Brave juga dijangka menambah sokongan dompet kriptowang ini secara terbina pada versi mudah-alih tidak lama lagi.

Selain itu, baru-baru ini pihak Brave turut telah menyatakan kerjasama dengan Solana, yang mana akan mengintegrasikan rantaian-blok berkenaan pada pelayar web mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd