Carian
Lebih Sehari, Aplikasi Grab Masih Menghadapi Masalah Teknikal Untuk Sebahagian Pengguna
November 17, 2021 Aman

Grab merupakan salah satu aplikasi popular yang digunakan ramai untuk tujuan pengangkutan dan juga mendapatkan makanan. Semalam, 16 November, Grab menghadapi masalah teknikal yang membuatkan perkhidmatan mereka tidak boleh digunakan sementara di rantau ini.

Kini, memasuki hari kedua, walaupun perkhidmatan teras mereka telah berfungsi, namun sebahagian pengguna dilihat masih menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan Grab.

Grab sendiri mengesahkan perkara ini, dan mengatakan yang sejumlah pengguna masih terkesan, dan mereka sedang membawa aplikasi kembali normal secara berperingkat kepada semua.

Komen