Razer Memperkenalkan Tiga Aksesori Gaming Baru Untuk Pemilik Konsol PlayStation 5

Diterbitkan pada Nov 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer, syarikat teknologi yang membangunkan peranti dan aksesori gaming hari ini dilihat memperkenalkan tiga aksesori baru untuk pemilik konsol Sony PlayStation 5, iaitu Razer Kaira dan Kaira Pro Gaming Headset dan Razer Quick Charging Stand, iaitu dok pengecasan untuk pengawal permainan Sony DualSense.

Bermula dengan fon kepala Razer Kaira dan Kaira Pro, kedua-dua fon kepala ini dibangunkan khusus untuk konsol PlayStation 5. Ia dikuasakan dengan pemandu audio Razer TriForce 50mm dan dilengkapi dengan mikrofon HyperClear Cardioid yang memastikan bahawa tiada bunyi latar dapat mengganggu percakapan anda dengan rakan-rakan dalam permainan.

Ia juga boleh dipadankan dengan konsol tersebut secara nirwayar samada menggunakan sambungan WiFi 2.4GHz ataupun Bluetooth dengan hampir tiada sela-masa.

Perbezaan utama diantara Razer Kaira dan Kaira Pro ialah mikrofon HyperClear pada model Kaira Pro boleh dicabut, dan juga pengenalan fungsi maklum-balas haptik audio baru yang dinamakan RazerSense yang Razer katakan akan memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam apabila anda bermain permainan video kegemaran anda di konsol PlayStation 5.

Aksesori ketiga, iaitu Razer Quick Charging Stand dilihat hadir dengan rekaan yang secocok dengan pengawal permainan DualSense, dan dikatakan boleh mengecas pengawal tersebut secara pantas dalam masa tiga jam sahaja. Ia juga hadir dalam rekaan warna putih, hitam dan merah yang sesuai dengan penawaran warna pengawal DualSense kini.

Razer mengatakan bahawa aksesori-aksesori ini boleh dibeli melalui kedai atas talian Razer Malaysia ataupun pengedar-pengedar rasmi Razer pada tanda harga berikut:

  • Razer Kaira Gaming Headphones – RM489
  • Razer Kaira Pro Gaming Headphones – RM979
  • Razer Quick Charging Stand – RM209

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami