Mozilla hari ini telah mengumumkan pengenalan Firefox Relay, sebuah perkhidmatan berbayar yang menyembunyikan emel sebenar anda, dan menawarkan emel rawak untuk mengelak anda menerima sebarang spam dan emel promosi.
Dengan langkah ini, Mozilla ingin melindungi emel sebenar anda, selain pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk menggunakan alamat sementara untuk beberapa tujuan.

Firefox Relay ini ditawarkan secara berbayar pada harga $0.99 untuk pengguna Malaysia, dan menawarkan kebolehan menjana emel rawak tanpa had. Semua emel ini akan membawa penghantaran emel ke alamat sebenar anda – tetapi anda turut boleh memilih mematikan sesuatu alamat rawak, sekaligus mematikan penghantaran emel melaluinya ke alamat anda.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak dan mendaftar Firefox Relay ini hari ini.