Cari @ Amanz

Semasa saya membesar dahulu, rancangan Muzik Muzik akan ditonton untuk melihat senarai 10 lagu paling popular di Malaysia. Ia adalah tradisi yang sudah wujud berdekad lamanya. Hari ini Netflix melancarkan laman Top10.Netflix.com untuk menunjukkan cara mingguan 10 kandungan mereka yang paling popular.

Pelawat boleh melihat senarai filem dan siri yang paling popular di Netflix mengikut negara. Carta untuk setiap negara Netfix ditawarkan boleh dilihat bersama dengan berapa laman kandungan tersebut berada di dalam carta. Turut disertakan ialah senarai 10 kandungan paling popular di peringkat global.

Antara yang menarik dapat dilihat ialah untuk carta 10 siri TV bukan dalam Bahasa Inggeris paling popular, 4 daripadanya adalah dari Korea Selatan dan Yo Soy Betty La Fea juga tersenarai. Malang sekali telenovela klasik ini tidak pula ditawarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd