Helmetphone – Topi Keledar Pintar Dengan Sokongan Panggilan Bluetooth, Ekosistem HarmonyOS

Diterbitkan pada Nov 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat sejumlah produk pintar yang berada dibawah HarmonyOS, dan terbaru Huawei telah mula menawarkan Helmetphone BH51M Neo melalui kedai atas-talian mereka di China. Helmetphone ini menawarkan sejumlah ciri pintar, memfokuskan kepada pencinta basikal.

Helmetphone ini hadir dengan lampu pada bahagian belakang, dilengkapi sokongan audio untuk anda mendengar lagu, selain turut membolehkan anda menjawab panggilan telefon secara Bluetooth.

Disamping itu, ia turut menyertakan ciri kecemasan, dimana apabila pemakainya terjatuh, ia akan menghantar mesej SOS kepada ahli keluarga terdekat.

Melengkapkan topi keledar ini adalah sebuah alat kawalan yang boleh digunakan dalam memberikan arah perjalanan – dan ia akan diperlihatkan melalui lampu isyarat pada topi berkenaan.

Selain ciri pintar ini, Helmetphone turut hadir dengan rekaan baik, termasuk meresap hentakan apabila terjatuh.

Buat masa ini, Helmetphone ini ditawarkan di China sahaja, pada harga 799 Yuan, iaitu sekitar RM523.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami