MetaMask Kini Mempunyai 21 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Nov 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MetaMask merupakan salah satu dompet kriptowang popular yang ditawarkan melalui pelayar web dan juga aplikasi mudah-alih. Ia digunakan ramai dalam menyimpan kriptowang Ethereum, dan kini mengatakan mempunyai lebih 21 juta pengguna setiap bulan.

Angka ini boleh dikatakan peningkatan yang agak drastik. Pada bulan April lepas, MetaMask mengumumkan mereka mempunyai 5 juta pengguna aktif setiap bulan, dan kini telah menambah belasan juta pengguna dalam tempoh singkat.

Hal ini juga selari dengan populariti arena kriptowang, dan NFT yang semakin meningkat, dan ramai mulakan penggunan MetaMask pada pelayar web desktop. Dengan masih kurang persaingan pada penawaran desktop, tidak mustahil kita melihat MetaMask terus mengukuhkan kedudukan dalam arena ini untuk bulan-bulan akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami