Sokongan Alat Kawalan Sony DualSense Dan DulaShock Dipertingkatkan Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Nov 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk sekian lama sokongan alat kawalan Sony DualShock 4 dan DualSense tidak berapa baik pada peranti Android jika dibandingkan pada peranti iOS. Sony menyedari hakikat ini akhirnya sokongan lebih menyeluruh boleh dinikmati oleh pengguna Android.

Untuk pengguna Android 12, PS Remote Play kini menyokong DualSense dengan pad sesentuh, getaran, pengesan pergerakan dan paparan bateri sepenuhnya. Pada peranti Android 10 dan ke atas pula, DualShock 4 kini juga disokong sepenuhnya supaya pengalaman menstrim permainan video ke telefon adalah sehampir mungkin kepada penggunaan pada PlayStation 4.

Sumber PlayStation

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami