Cari @ Amanz

Instagram kini mengesahkan aplikasi memfokuskan permesejan mereka, dinamakan Threads, bakal ditamatkan pada penghujung tahun ini, 31 Disember 2021.

Instagram Threads

Untuk makluman, Threads telah ditawarkan sebagai aplikasi berasingan sejak 2019 dengan fokus untuk memudahkan anda kekal berhubung dengan aktif bersama rakan-rakan Instagram. Namun, pengguna dilihat lebih menyukai penggunaan permesejan secara terbina pada aplikasi Instagram.

Instagram mengatakan akan mula memaklumkan pengguna Threads di iPhone dan Android bermula 23 November 2021 kelak. Walaupun ditamatkan, semua ciri Threads sedia boleh dinikmati melalui aplikasi utama Instagram.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd