Dengan Window 11 sudah mula diberikan kepada komputer yang melepasi spesifikasi minima, ramai pasti tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada peranti yang masih menggunakan Windows 10? Microsoft telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai persoalan ini dan sokongan kemas kini akan hanya dihentikan pad 14 Oktober 2025.

Pada waktu yang sama Windows 10 akan hanya menerima satu kemas kini utama setahun sekali sahaja mulai sekarang berbanding dua kali setahun sebelum ini. Tampalan sekuriti dan pepijat akan diteruskan apabila diperlukan. Pengguna Windows 10 akan menerima kemas kini utama pada separuh tahun kedua 2022 kelak. Jadi sekiranya anda mempunyai komputer Windows 10 yang boleh menyokong Windows 11, sila kemas kini sekarang kerana ia akan memberikan sokongan jangka panjang yang lebih baik.