Cari @ Amanz

Bagi pemilik televisyen LG dengan WebOS, anda akhirnya boleh memuat turun aplikasi Apple Music bermula hari ini. Ini disahkan sendiri oleh akaun rasmi LG Electronics menerusi laman media sosial mereka. Dengan ini pengguna LG boleh menstrim 90 juta lagi Apple Music tanpa menggunakan ciri AirPlay.

Dengan ini LG mengikuti langkah Samsung yang turut menawarkan aplikasi Apple Music pada televisyen pintar mereka. Bagi pengguna Android TV pula, sokongan aplikasi natif masih belum diberikan tetapi anda masih boleh menstrim kandungan dengan menggunakan ciri Google Cast pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd