Beberapa hari lalu, Infinix telah memperkenalkan sebuah peranti dengan spesifikasi kelas asas menerusi pengenalan Hot 11 Play. Terbaharu, Infinix dilihat sekali lagi mengemaskini peranti di bawah segmen berkenaan dengan memperkenalkan Infinix Smart 5 Pro pula.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Smart 5 Pro dilengkapi skrin 6.5-inci TFT LCD beresolusi HD+. Di samping itu, terdapat kamera swafoto tunggal 8-Megapixel yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil. Peranti juga dijana oleh cip Unisoc SC9863A yang dipadankan dengan memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.
Tetapan kamera utama adalah 13 -Megapixel (utama) bersama sensor kedalaman yang tidak diketahui konfigurasinya. Kemudian, ia juga sebuah peranti yang menyokong pengimbas cap jari fizikal yang diletakkan pada panel belakang untuk tujuan sekuriti.

Spesifikasi lain termasuklah ia menjalankan Android 11 (Go Edition) berasaskan XOS 7.6, bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 18W dan sebagainya. Infinix Smart 5 Pro dijual di Pakistan pada harga BDT 8,898 (~RM433). Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Black dan Green.