Sudah agak lama Huawei tidak melancar set kepala realiti maya. Kali terakhir yang kami ingat ini dilakukan ialah pada tahun 2019 menerusi Huawei VR. Tetapi mereka kini melancarkan pula Huawei VR Glass 6DoF dan menerusi namanya anda pasti dapat mengagak set realiti maya ini mengesan pergerakan pengguna dalam dunia maya.

Ia masih lagi mengekalkan dwi-skrin terbesar 2.1″ dengan resolusi 1600 x 1600 pixel. Sudut pandangannya pula ialah sehingga 90 darjah. Bagi individu rabun, paparan skrin peranti boleh dilaraskan sehingga -7.00 bai mereka yang rabun jauh. Terdapat dua alat kawalan jauh dengan pelbagai butang yang membantu memainkan permua yang juga berubah menjadi dok pemegang set kepala apabila tidak diperlukan.

Huawei VR Glass 6DoF direka untuk digunakan pada sebuah telefon pintar tetapi masih turut boleh digunakan pada sebuah PC apabila diperlukan. Sepasang set lengkap dijual pada harga RMB 3999 (~RM2622) sebuah lengkap dengan set kepala, dua alat kawalan, palang kamera 6DoF dan alat pemegang peranti lengkap dengan penyejuk. Bagi pemilik Huawei VR, mereka boleh hanya membeli set alat kawalan, pemegang peranti dan palang kamera pada harga RMB 1999 (~RM 1310).