Setiap tahun berbilion gambar diambil dalam format digital. Namun begitu hanya sebilangan kecil dicetak secara fizikal dengan kita dapat melihat sendiri jumlah kedai gambar kini semakin berkurangan. Bagi mereka yang ingin mencetak gambar yang diambil terus ke filem, Fujifilm Mini Evo Hybrid baru sahaja dilancarkan.

Fujifilm Mini Evo Hybrid ialah sebuah kamera digital biasa yang juga mempunyai mesin pencetak terbina. Gambar akan dicetak menggunakan katrij filem Instax Mini. Kamera ini hadir dengan 10 penuras dan 10 mod lensa berbeza untuk mengambil gambar dengan kesan khas tersendiri. Sensor kamera hanya sebesar 5MP yang dipadankan pula dengan lensa 28mm f/2.0.

Dengan sekali caj kamera boleh mengambil sehingga 100 gambar berterusan sementara mesin pencetak menyimpan 10 katrij filem. Tiada fungsi merakam video disertakan. Storan boleh ditambah menggunakan kad mikro SD. Gambar boleh dihantar ke telefon pintar untuk disimpan atau perkongsian ke media sosial. Kerana ia mempunyai pencetak terbina, gambar dari telefon boleh dihantar ke Mini Evo Hybrid untuk dicetak. Fujifilm Mini Evo Hybrid dijual di Jepun bulan depan pada harga $200 (~RM836) sebuah.